Cari Blog Ini

Khamis, 20 Ogos 2009

RADIO AMATUR UNTUK SEMUA

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur. Untuk pengetahuan semua 9M2TR satu ketika dulu adalah Perdana Menteri Malaysia dan juga rakan Ham dari Kerabat Di raja Johor iaitu Tunku A. Rahman 9M2TR 1974 Malaya.9M2TR ialah Y.B.M Tunku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi (25 November 1933–12 July 1989) yang juga merupakan bekas Tunku Mahkota Johor dan adik bongsu kepada Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi (Sultan Johor sekarang).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan