Cari Blog Ini

Isnin, 4 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH 9M2LLL

Semua Ahli PERAKAM dijemput ke rumah terbuka 9W2LLL(Naib Presiden PERAKAM pada 04hb. Okt. 2010(Isnin) pada jam 8-12 mlm. Kehadiran tuan/puan dapat menyerikan majlis tersebut

OPEN HOUSE ANJURAN AHLI PERAKAM DI BEMBAN





Jumaat, 24 September 2010

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH 9W2HOM

slmt hari raya maaf zahir & batin.Saya
ingin menjemput semua (ahli perakam & keluarga) ke teratak buruk saya
di tampin utk jamuan hari raya.Majlis jamuan tersebut akan diadakan
pada 3hb 0ctober2010 bermula pada jam 8mlm..untuk yg x tau jln
saya monitor kt v25 atau boleh call kt hpone saya 0126074220. So boleh eyeball sekali...

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH 9W2JJE

Semua Ahli PERAKAM dijemput ke rumah terbuka 9W2JEE pada 25hb. Sept. 2010(Sabtu) pada jam 8-12 mlm di jln BH13, Tmn. Bemban Height, Bemban, Melaka kehadiran tuan/puan dapat menyerikan majlis tersebut

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH 9W2PZY

Kepada semua ahli PERAKAM dijemput ke rumah terbuka anjuran rakan ham PERAKAM di Bemban di rumah 9W2PZY pada 2/10/2010 (sabtu) pada jam 8 malam kalau rakan2 x tau rumah bole monitor di V25

Selasa, 27 Julai 2010

Sekadar info sahaja



This small machinery is a bulldozer that was used before 2nd world war to open up estates for rubber plantation in the interior of this states. Where other domestic farming still used a real bull that day.

Smaller bulldozers such as this was used to make pathways in the secondary jungle so that the workers could move about to cut down the trees and its clearance.

Chain Links track controlled its movement and 50% of petrol and 50% of kerosene generated power of its movement. See, if the old technology can adopt 50-50 fueling, why not at the present? We can put 50% petrol and 50% of other liquid for cost saving huh?

Specification:
Type : Oliver
Manufactured : Cleaveland, USA

Year of acquisition : Before 1940
Year of make : 1936
Weight : 1 tone

HAMFEST MALAYSIA 2010


Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

EchoLink

Jumaat, 9 Julai 2010

HULURKANLAH BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Kepada semua ahli dan pengemar radio amatur yang ingin membuat amal kebajikan dan menambahkan lagi pahala bolehlah melayari laman web ini untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut http://seikhlashati.com/

Rabu, 12 Mei 2010

PAMERAN CERAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI FALAK/ ASTRONOMI



Kepada semua Ahli PERAKAM dan pengemar-pengemar radio amatur di MELAKA atau di Malaysia di jemput datang kerana PERAKAM akan mengadakan pameran radio amatur di pameran tersebut. Pameran tersebut adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka. Kehadiran tuan puan amatlah dialu-alukan.

Tarikh : 22hb. dan 23hb Mei 2010
Masa : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi Negeri Melaka
Kg. Balik Batu,
Tanjung Bidara,
78300 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia

Rabu, 24 Februari 2010

Jemputan ke Walimatul Urus adik ipar En. Faizal Bin Safar & Pn. Marlinawati (9W2BSA)

Kepada semua ahli PERAKAM di jemput hadir ke walimatul urus adik ipar kepada En.Faizal & Pn. Marlinawati (9W2BSA) pada hari Ahad, 14hb. Mac 2010 bersamaan 24 Rabiulawal 1431 hijrah di alamat No. 6, Jalan Sri Mas 10, Taman Sri Telok Mas, 75460 Melaka. diberkati Allah S.W.T.

Aturcara Majlis:
11:00 pagi - 4:00 ptg - Jamuan makan
1:30 ptg - bersanding

Turut mengundang seisi keluarga.

Sebarang masalah bolahlah hubungi En.Faizal di talian 017-297 5947 atau talian rumah 06-261 6793.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu para hadirin akan menyerikan lagi majlis tersebut serta diberkati Allah S.W.T

Insyallah Wassalam.

Sekian Terima Kasih

Jumaat, 12 Februari 2010

Baju Kelab PERAKAM

Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk membuat baju kelab untuk ahli PERAKAM pakai sekiranya ada aktiviti yang dijalankan. Sekiranya ahli PERAKAM yang ingin membeli baju tersebut untuk mendapatkan ukuran size bolehlah hubungi En. Johari Bin Rahim(9W2JJO).

Sekian Terima Kasih.

Yuran Tahunan RM30.00

Perhatian kepada semua ahli PERAKAM yang ingin membuat pembayaran yuran tahun 2010 sebanyak RM30.00 bolehlah hubungi Bendahari PERAKAM, Setiausaha atau Penolong Setiausaha.

Kerjasama daripada semua amat kami hargai.

Sekian Terima Kasih

Rabu, 3 Februari 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR DAN UJIAN KOD MORSE SIRI PERTAMA TAHUN 2010

PELUANG MEREBUT HADIAH LUMAYAN DENGAN HANYA RM30/JORAN DALAM PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2010!


TARIKH: 7 FEBRUARI 2010 (AHAD)
TEMPAT: SISIRAN TASIK PUTRAJAYA PRESINT 1 DAN SISIRAN TASIK TAMAN WAWASAN

JUARA: RM5,000.00
KEDUA: RM3,000.00
KETIGA: RM2,000.00
KE-4 -13: RM200.00 + HAMPER
KE-14 - 20: SAGUHATI

CABUTAN BERTUAH: 60 BARANG ELEKTRIK DAN HAMPER
CABUTAN BONANZA: 1 MODENAS KRISS BERNILAI RM3,700.00
2 TV LCD PANASONIC 32 INCI (RM1,700 SETIAP SATU)
T-SHIRT PESERTA: 500 PERTAMA MENDAFTAR

PERTANYAAN: LAWATI LAMAN WEB wakjali.com atau telefon 013-3113911 dan 013-3838655

Selasa, 2 Februari 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Pemandangan indah waktu malam di Melaka



Selamat Tahun Baru Cina


Ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada semua Rakyat Malaysia yang akan menyambut perayaan tersebut. Ahli-ahli PERAKAM juga ingin menasihati kepada semua Rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman `Berhati-hati di Jalan Raya' ketika memandu.