Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 24 Ogos 2009

CARA MENCARI FREKUENSI SIMPLEX (V-CHANNEL)

1. V16 SEHINGGA V47
Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.

2. V48 SEHINGGA V63
Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombur maka jika 3 nombur, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nomber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan