Cari Blog Ini

Khamis, 13 Ogos 2009

Lambang Negeri Melaka

Kelima warna yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia. Lima bilah keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut.
Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut. Moto negeri Melaka adalah “Bersatu Teguh”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan