Cari Blog Ini

Selasa, 25 Ogos 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Kami ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakyat Malaysia dan juga penggemar-pengemar Radio Amatur di seluruh pelusuk tanah air yang dicintai iaitu Malaysia.

Salam 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dari kami ahli-ahli PERAKAM salam 73 semua.

Isnin, 24 Ogos 2009

CARA MENCARI FREKUENSI SIMPLEX (V-CHANNEL)

1. V16 SEHINGGA V47
Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.

2. V48 SEHINGGA V63
Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombur maka jika 3 nombur, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nomber.

Rombongan Ke Hadyai Thailand


Gambar kenang-kenangan semasa ke Hadyai, Thailand pada penghujung tahun 2008.....9W2EEJ di stesen keretapi Hadyai...


sedang menunggu tut-tut di hadapan hotel....tgk muka semua macam dah lemah aje...sebab duit tinggal sikit.....

Jumaat, 21 Ogos 2009

Sekadar renungan

Penyimpan Mohor2 Besaq....Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan (
No Overtime!! and No Replacement! !! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan
yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn
!!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan
yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan
yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan
yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan
yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin...... .....Renungkanla h..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!! ...Tunggu Sapa lagi.....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal ......Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii....... Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....

Akhir kata -
SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ............ .......... .... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Do'a malaikat Jibril

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat
.

Oleh itu kami ahli-ahli PERAKAM terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja ma
hupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

TAKZIAH

Pihak PERAKAM ingin mengucapkan takziah kepada En.Faizal Bin Safar diatas pemergian anak buah beliau ke rahmahtullah akibat kemalangan jalanraya pada pagi khamis semalam. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-fatihah keatas arwah. Amin

Khamis, 20 Ogos 2009

MASKOT SUKMA XIII MELAKA 2010


DISKRIPSI
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

KONSEP
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

NAMA
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.

LOGO SUKMA XIII MELAKA 2010


DISKRIPSI
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka.
Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yang
membentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII.
Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan.
Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka.
Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.

SELAMAT HARI LAHIR

Kami ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan `Selamat Hari Jadi' yang ke-22 tahun kepada En.Johari Bin Rahim pemegang callsign 9W2JJo yang jatuh pada 19/8/2009 yang lalu. Kami semua mendoakan agar dipanjangkan umur dan dipanjangkan umur. Bila laaaa nak buat jamuan hari jadi En.Johari Bin Rahim untuk dijamu pada ahli-ahli PERAKAM hehehehe.....Kami semua sedia menanti hehehhe 73 Salam 1 Malaysia, Kawan didahulukan, Keluarga diutamakan...byeee

SELAMAT HARI LAHIR

Kami ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan `Selamat Hari Lahir' kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ke-60 tahun pada 24hb Ogos ini dan juga mendoakan agar selamat pergi dan pulang kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke tanah suci pada 21hb. Ogos 2009 iaitu hari Jumaat ini bagi menunaikan ibadat umrah.