Cari Blog Ini

Rabu, 3 Februari 2010

PELUANG MEREBUT HADIAH LUMAYAN DENGAN HANYA RM30/JORAN DALAM PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2010!


TARIKH: 7 FEBRUARI 2010 (AHAD)
TEMPAT: SISIRAN TASIK PUTRAJAYA PRESINT 1 DAN SISIRAN TASIK TAMAN WAWASAN

JUARA: RM5,000.00
KEDUA: RM3,000.00
KETIGA: RM2,000.00
KE-4 -13: RM200.00 + HAMPER
KE-14 - 20: SAGUHATI

CABUTAN BERTUAH: 60 BARANG ELEKTRIK DAN HAMPER
CABUTAN BONANZA: 1 MODENAS KRISS BERNILAI RM3,700.00
2 TV LCD PANASONIC 32 INCI (RM1,700 SETIAP SATU)
T-SHIRT PESERTA: 500 PERTAMA MENDAFTAR

PERTANYAAN: LAWATI LAMAN WEB wakjali.com atau telefon 013-3113911 dan 013-3838655

Selasa, 2 Februari 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Pemandangan indah waktu malam di Melaka



Selamat Tahun Baru Cina


Ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada semua Rakyat Malaysia yang akan menyambut perayaan tersebut. Ahli-ahli PERAKAM juga ingin menasihati kepada semua Rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman `Berhati-hati di Jalan Raya' ketika memandu.

Khamis, 17 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Kami dari PERAKAM ingin mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat islam di seluruh negara.

Rabu, 2 Disember 2009

TANIAH SEDEKAD PENTADBIRAN Y.A.B DATUK SERI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA

Taniah diucapkan dari pihak PERAKAM kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam diatas Sedekad Pentadbiran Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka yang jatuh pada 2hb. Disember 2009 (Rabu).Semoga dibawah pentadbiran Y.A.B Datuk Mohd Ali Bin Mohd Rustam Negeri Melaka akan menjadi negeri yang dikenali di mata dunia.

Selasa, 1 Disember 2009

KELAS RAE SIRI 2/2009

Kelas RAE (Radio Amateur Examination) PERAKAM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 8:30 pagi - 5:30 petang
Tempat: Balai Raya Bemban, Jasin, Melaka.
Bayaran: RM30 (nota,makan dan kelas)
Due date : 5/12/2009
APA TUNGGU LAGI?? DAFTAR LAH CEPAT!!

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 9W2 ZZY ditalian 016-6499012 dan 9W2IPD ditalian 019-6657578.

Rabu, 11 November 2009

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w.. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

SELAMAT MENGERJAKAN HAJI 9M2ARR DAN ISTERI

Ahli Perakam ingin mengucapkan selamat mengerjakan Haji pada 9M2ARR iaitu Presiden PERAKAM dan isteri yang akan berlepas ke tanah suci tidak lama lagi.Kami semua mendoakan agar Tuan Presiden dan isteri selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air, semoga segala ibadat haji yang dikerjakan mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T.

Jumaat, 23 Oktober 2009

TERIMA KASIH KEPADA Y.A.B DATUK HJ. ABDUL GHAFAAR BIN HJ. ATAN

Kami ahli-ahli PERAKAM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.A.B Datuk Hj. Abdul Ghafaar Bin Hj. Atan kerana bersetuju menjadi Penasihat Persatuan Radio Amatur Dan Komunikasi Melaka (PERAKAM)dan kami akan memberi sepenuh kerjasama dan sokongan kepada Y.A.B agar persatuan ini terus maju dan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan dibawah nasihat Y.A.B