Cari Blog Ini

Isnin, 28 September 2009

Program Korban Aidiladha 1430H

Pihak PERAKAM ingin mengadakan Program korban pada Hari Raya Aidiladha 1430H yang akan menjelang tidak lama lagi. Penyertaan terbuka kepada semua, tak kira ahli PERAKAM atau pun bukan ahli PERAKAM.

Sekiranya tuan-tuan/puan-puan ingin menyertai program tersebut bolehlah menghubungi 9W2KDE (012-6289692), 9W2ZZY (016-6499012), 9W2SKZ (019-6530646) atau 9W2ONN (012-6036235) untuk maklumat lanjut.

Program Jiwa Murni Aidilfitri 1430H

PERAKAM akan mengadakan satu Program Jiwa Murni Aidilfitri 1430H untuk membantu sebuah keluarga yang memerlukan bantuan dari anda. Kepada ahli PERAKAM atau orang perseorangan yang ingin memberi sumbangan berupa barangan bolehlah hubungi 9M2LLL (019-6672435) atau 9W2ONN (012-6036235), wang tunai bolehlah hubungi 9W2IPD (019-6657578) atau cek diatas nama Persatuan Radio Amatur Dan Komunikasi Melaka.

Program tersebuat akan diadakan pada 11/10/2009 dan berkumpul di Persimpangan Lampu Isyarat Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka atau boleh monitor di simplex V25 untuk mendapat maklumat semasa.



Keadan luar rumah yang akan dikemaskan serta mengecat dinding luar rumah sesiapa yang ingin menyumbangkan cat dan sumbangan tenaga kerja amatlah dialu-alukan.



Keadaan ruang tamu dan tempat tidur, sekiranya tuan-tuan/puan-puan ingin menyumbangkan tilam, bantal, katil serta cat untuk ruang dalam amatlah dialu-alukan.



Keadaan ruang dapur untuk dikemas serta dicatkan sekiranya sesiapa yang ingin menyumbangkan barangan dapur dan cat juga dialu-alukan dan bolehlah hubungi di talian yang tertera diatas.

Jumaat, 11 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak PERAKAM mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli dan semua peminat-peminat Radio Amatur di Negeri Melaka dan juga seluruh negara...




Selasa, 1 September 2009

Majlis Berbuka Puasa

PERAKAM akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada :-

Hari : Jumaat
Tarikh : 4hb. Sept. 2009
Tempat : Ikan Bakar Alai, Melaka
Masa : 6.45 petang
Bayaran : RM20.oo seorang

Sesiapa yang berminat untuk turut serta bolehlah hubungi En. Azizi (9W2ZZY) ditalian 016-6499012 , En. ismadi (9w2IPD) di talian 019-6657578.